Pengenalan
Idealisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani, iaitu 'idea' yang bermaksud idea dan 'isme' yang bermaksud ajaran dan fahaman. Manakala, perkataan falsafah mendukung makna mencintai kebijaksanaan yang terdapat dalam bahasa Yunani, iaitu philien (mencintai) dan sophia(kebijaksanaan/pengetahuan). Setiap karya atau penulisan pastinya mempunyai idealisme dan falsafahnya yang tersendiri. Hal ini berkait rapat dengan diri seseorang penulis itu sendiri. Setiap penulis mempunyai kecenderungan tersendiri untuk mengaitkan penulisannya dengan falsafah dan pemikiran tertentu. Misalnya berkaitan dengan idealisme bersumberkan alam, falsafah bersumberkan Islam, falsafah bersumberkan Melayu mahu pun falsafah bahasa. Dalam dunia ketamadunan, banyak karya agung yang dihasilkan yang melambangkan keagungan cipta bangsa Melayu yang menimbulkan identiti dan tradisi dalam dunia penulisan Melayu.
Idealisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani, iaitu 'idea' yang bermaksud idea dan 'isme' yang bermaksud ajaran dan fahaman. Manakala, perkataan falsafah mendukung makna mencintai kebijaksanaan yang terdapat dalam bahasa Yunani, iaitu philien (mencintai) dan sophia(kebijaksanaan/pengetahuan). Setiap karya atau penulisan pastinya mempunyai idealisme dan falsafahnya yang tersendiri. Hal ini berkait rapat dengan diri seseorang penulis itu sendiri. Setiap penulis mempunyai kecenderungan tersendiri untuk mengaitkan penulisannya dengan falsafah dan pemikiran tertentu. Misalnya berkaitan dengan idealisme bersumberkan alam, falsafah bersumberkan Islam, falsafah bersumberkan Melayu mahu pun falsafah bahasa. Dalam dunia ketamadunan, banyak karya agung yang dihasilkan yang melambangkan keagungan cipta bangsa Melayu yang menimbulkan identiti dan tradisi dalam dunia penulisan Melayu.
Kedua-dua elemen ini diadaptasikan oleh tokoh-tokoh sastera ke dalam karya mereka untuk memperjelaskan lagi tujuan dan idea yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya agung itu. Hal ini demikian kerana, elemen-elemen tersebut amat sesuai dan bertepatan dengan kehendak pembaca. Dalam pada itu, para pengkarya itu juga menerapkan kedua-dua elemen ini agar para pembaca dapat membuat penganalisisan tentang sesuatu karya tersebut dengan lebih mudah.
Konsep Idealisme
Idealisme dan falsafah
merupakan dua elemen sastera yang saling bertentangan. Penggunaan kedua-dua
elemen ini ke dalam sesuatu karya sastera, iaitu karya agung khususnya amat
popular dalam kalangan pengkarya-pengkarya satu ketika dahulu. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, idealisme bermaksud sifat melihat atau mencita-citakan
sesuatu dalam bentuk yang ideal (2010: 558). Menurut W.F Hocking pula,
idealisme merupakan realiti yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-fikiran,
akal (mind) atau jiwa (selves) dan bukanlah kekuatan atau
kebendaan. Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelas menunjukkan bahawa
idealisme memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreatif untuk menghasilkan
sesuatu bentuk karya sastera.
Idealisme Bersumberkan
Alam
Sesebuah karya
seharusnya memiliki falsafah, pemikiran dan persoalan yang agung dan penting.
Hal inilah yang disebutkan oleh tokoh pengkritik karya sastera, Greek Dionysus
Cassius Longinus. Hal ini membuktikan bahawa sesebuah karya sastera,
terutamanya karya agung pasti memiliki ciri pemikiran tertentu yang juga
disebut sebagai idealisme. Seterusnya, idealisme yang akan dibincangkan dalam
karya agung Melayu adalah idealisme karya yang bersumberkan alam. Perbincangan
berdasarkan idealisme yang bersumberkan alam ini dapat dikategorikan kepada
beberapa pecahan, misalnya berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa,
sosialisasi dan sebagainya. Kehidupan manusia tidak lari daripada alam, malah
banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan sebagai seorang manusia sering
dikaitkan dan diumpamakan dengan alam ciptaan Tuhan, tidak kira dari segi
tumbuhan, haiwan, angkasa, lautan mahupun hubungan antara masyarakat, iaitu
sosialisasi.
Hal ini banyak
diungkapkan dalam karya-karya agung Melayu klasik. Mortimer Jerome Adler menyatakan,
berdasarkan isu utama berkenaan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia sebagai
bentuk hidupan yang berkesinambungan atau jelas berbeza, maka kajian organisma
haiwan – anatomi dan fisiologinya – memperoleh banyak kepentingannya (2007:
12). Bukan sahaja pada satu bahagian, malah pada ketika menulis
manusia juga tidak dapat lari dari dikaitkan dengan alam. Bagi membuktikan hal
ini, jadual di bawah disediakan untuk memaparkan antara contoh karya agung yang
penulisan, pemikiran atau idealismenya berhubungkait serta bersumberkan alam.
Konsep Falsafah
Perkataan falsafah
berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba yang mengandungi dua perkataan,
iaitu ‘philo’ yang bermaksud ‘cinta’ dan ‘sephia’ yang bermaksud
‘kebijaksanaan’ (Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman, 2003: 1). Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat, falsafah bermakna pengetahuan tentang pengertian yang
dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu lain.
Sungguhpun begitu, dewasa ini takrif yang diutarakan oleh B.A.G Fuller dalam
bukunya A History of Philosophy, iaitu :
“Falsafah boleh
ditakrifkan sebagai satu penyelidikan atau pengajian dan ilmu yang berasaskan
renungan (reflective) dan penaakulan (reasoning) untuk merumuskan sifat,
hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan
sebagai satu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan
fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud atau semesta.”
(Falsafah, Logik,
Teori Nilai dan Etika Melayu : Suatu Pengenalan, 2001: 1)
Hashim Hj. Musa (1994:
10) pula menjelaskan falsafah sebagai kajian secara renungan dan spekulatif
terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari
pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. Beliau turut menjelaskan konsep
falsafah yang paling luas dan serba merangkumi, mencukupi keseluruhan
pengetahuan konsepsi manusia tentang semua bidang, cabangan dan menjadikannya
satu keseluruhan, satu gemblengan pengetahuan konsepsi manusia. Oleh hal yang
demikian, maka muncullah cabang-cabang falsafah seperti falsafah sains,
falsafah kesenian dan estetika, falsafah bahasa dan lain-lain lagi.
Jika dilihat di Barat, secara umumnya terdapat empat mazhab falsafah yang boleh dibahagikan kepada falsafah tradisional dan falsafah moden. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003: 24), mazhab falsafah idealisme dan realisme tergolong dalam kategori falsafah tradisional, manakala mazhab falsafah pragmatisme dan eksistensialisme pula tergolong kategori falsafah moden. Plato dalam bukunya bertajuk The Republic, mengemukakan idea bagi mazhab pertama, iaitu idealisme, dengan menerangkan bahawa kebenaran, keindahan dan keadilan boleh dicari menggunakan penaakulan yang berterusan dengan penuh kesedaran bukan daripada kebendaan.
Jika dilihat di Barat, secara umumnya terdapat empat mazhab falsafah yang boleh dibahagikan kepada falsafah tradisional dan falsafah moden. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003: 24), mazhab falsafah idealisme dan realisme tergolong dalam kategori falsafah tradisional, manakala mazhab falsafah pragmatisme dan eksistensialisme pula tergolong kategori falsafah moden. Plato dalam bukunya bertajuk The Republic, mengemukakan idea bagi mazhab pertama, iaitu idealisme, dengan menerangkan bahawa kebenaran, keindahan dan keadilan boleh dicari menggunakan penaakulan yang berterusan dengan penuh kesedaran bukan daripada kebendaan.
Seterusnya, falsafah
realisme pula diasaskan oleh Aristotle, iaitu murid kepada Plato. Walau
bagaimanapun, Aristotle tidak bersetuju dengan falsafah idealisme kerana beliau
beranggapan, kebenaran itu adalah bebas daripada penggunaan akal semata-mata.
Kedua-dua mazhab ini merintis kepada aliran falsafah moden yang memperkenalkan
falsafah pragmatisme atau lebih dikenali sebagai falsafah orang Amerika.
Falsafah ini bertentangan falsafah tradisional kerana pragmatisme merujuk
kepada eksperimentalisme yang berasaskan perubahan, proses, relativiti serta
pembinaan semula. Selepas Perang Dunia Kedua, muncul falsafah eksistensialisme
yang percaya bahawa realiti adalah sesuatu kewujudan individu. Falsafah ini
menekankan pengalaman bebas atau laissez faire dalam menentukan
keputusan, pilihan, dan pembelajaran individu.
Falsafah dalam Islam
pula meletakkan al-Quran dan wahyu sebagai panduan kepada akal manusia dengan
memberatkan akhlak agar dapat melahirkan manusia yang sempurna. Abu Bakar
Nordin dan Ikhsan Othman dalam bukunya bertajuk Falsafah Pendidikan dan
Kurikulum (2003: 29), menyatakan falsafah adalah tidak bercanggah dengan
kehendak atau prinsip yang terdapat dalam ajaran Islam. Jika sains adalah
mencari kebenaran, falsafah adalah mendekati kebenaran, manakala agama pula
adalah kebenarannya.
Falsafah mempersoalkan
prinsip-prinsip realiti ilmu dan nilai. Falsafah juga merupakan pendekatan
rasional terhadap sesuatu masalah dan persoalan, di samping satu penyiasatan
yang komprehensif dan logik mengenai asas-asas pemikiran semua aktiviti manusia.
Tujuan falsafah untuk mencari kebenaran tentang sesuatu permasalahan dengan
cara berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Sesuatu perkara itu
menjadi persoalan falsafah apabila ia tidak dapat diselesaikan melalui kaedah
dan pengamatan sains. Persoalan falsafah lazimnya melibatkan perkara-perkara
yang abstrak seperti persoalan konsep dan ideologi. Secara ringkasnya, falsafah
merupakan suatu pemikiran yang amat mendalam dan menyelurug terhadap sesuatu
perkara dalam usaha mencari kebenaran.
Falsafah bersumberkan
Islam
Falsafah karya agung
terutamanya karya agung dunia Melayu turut diilhamkan oleh pengarangnya melalui
agama Islam yang menjadi pegangan agama majoriti bangsa Melayu. Hal ini
dibuktikan melalui sebuah buku daripada Yayasan Karyawan (2000: 13) yang
menyatakan tiga faktor utama terhasilnya karya agung Melayu, iaitu kekuatan
bahasa Melayu, pengaruh Islam, dan peranan istana dan sekolah pondok. Hal ini
membuktikan bahawa falsafah yang terdapat dalam karya agung terdapat juga yang
bersumberkan Islam, iaitu memperlihatkan keislaman dalam penghasilan karya.
Setelah pengaruh agama
Hindu menjadi pudar dalam diri masyarakat Melayu, munculnya Islam di dalam
dunia Melayu. Sekitar abad ke-12 dan ke-13, beberapa buah kerajaan Melayu-Islam
telah ditubuhkan di Perlak (Pasai). Perkara ini menyebabkan berakhirnya
pengaruh kerajaan Melayu-Srivijaya yang pada masa tersebut masih dalam kekuatan
pengaruh Hindu. Agama Islam seterusnya disebarkan secara meluas, bukan sahaja
dalam kalangan alim ulama’ tetapi juga turut disebarkan kepada rakyat.
Pada ketika ini
dikatakan masyarakat Melayu masih menggunakan bahasa lisan sehinggalah tiba
suatu ketika apabila masyarakat Melayu sudah mula mempelajari abjad Arab untuk
menulis bahasa Melayu. Dengan bermulanya perkembangan tulisan ini, bermulanya
suatu zaman baru dalam dunia Melayu, iaitu zaman perkembangan ilmu dan
pemikiran yang didasarkan kepada ajaran agama, iaitu tauhid dan pandangan Islam
sejagat. Hal ini juga dapat dikaitkan dengan istana kerajaan Melayu-Islam pada
zaman tersebut yang menjadi pendukung kepada kegiatan penulisan yang membentuk
warisan bangsa.
Kitab al-Qur’an
merupakan sumber utama kepada falsafah Islam kerana al-Qur’an adalah kitab
petunjuk dan rahmat buat sekalian alam. Mohd Rashid Md Idris ada menyatakan
bahawa al-Qur’an itu adalah kitab yang Haq dari yang maha Haq, tiada keraguan,
tiada kebengkokan, tiada kesilapan dan kesalahan, tiada percanggahan dan
pertentangan, kitab yang terpelihara, kitab yang diberkati, kitab yang menjadi
cahaya dan penghidup jiwa, kitab yang menjadi penjelas dan penerang, kitab yang
menjadi penawar dan pengubat jiwa, dan kitab yang menjadi pemutus kata (2007:
53).
Hal ini membuktikan
bahawa Islam dan falsafahnya memberikan seratus peratus keyakinan kepada
penganut agamanya. Hal ini juga menyebabkan masyarakat Melayu-Islam sejak
dahulu sangat yakin akan kebaikan menurut ajaran seperti yang dinyatakan dalam
agamanya. Dengan itu, tidak hairanlah di dalam penulisan pengkarya klasik
dahulu kala terutamanya mereka yang beragama Islam seperti Nuruddin al-Raniri,
Tun Sri Lanang, Raja Ali Haji, Munshi Abdullah dan tokoh-tokoh yang lain suka
untuk mencetuskan pemikiran berasaskan falsafah Islam dalam karya mereka.
Falsafah bersumberkan
Melayu
Kehidupan masyarakat
Melayu tidak boleh terlepas daripada peraturan dan disiplin. Oleh yang
demikian, mereka menerapkan unsur tersebut di dalam karya mereka. Misalnya,
mereka menekankan konsep budi dalam kehidupan mereka. Konsep budi tersebut pula
terbahagi kepada lima, iaitu budi bahasa, budi pekerti, budi bicara, hati budi
dan akal budi (Mohd Rashid Mohd Idris, 2011: 63). Penerapan unsur-unsur
tersebut dapat diperhatikan dalam contoh yang berikut:
1. Budi bahasa
Budi bahasa dan budi
bicara yang mulia merujuk kepada pertuturan yang manis, sopan, positif,
bijaksana, bernas dan penuh pengajaran, serta memberikan sumbangan kepada
khalayak dan pendengarnya (Mohd Rashid Idris, 2011: 64).
2. Budi Pekerti
Bagi gagasan budi
pekerti, ia lebih terarah kepada akhlak seseorang itu. Namun demikian, unsur
kesantunan masih lagi menjadi akar kepada setiap perlakuan yang dihasilkan oleh
seseorang individu itu. Menurut Mohd Rashid Md. Idris (2011), budi pekerti
adalah satu aspek atau tingkah laku seseorang yang dinilai oleh masyarakat dari
sudut baik dan buruk, atau halus dan kasar. Kelakuan tersebut merangkumi
kelakuan yang bersopan-santun, tertib dan sebagainya.
3. Budi Bicara
Pendefinisian budi
yang seterusnya pula lebih cenderung kepada unsur toleransi dan tolak ansur
dalam setiap perbuatan. Hal ini demikian kerana, kehidupan bermasyarakat yang
mementingkan nilai kerjasama bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan aman.
Malahan nilai ini turut diterapkan dalam kehidupan berkeluarga khususnya.
4. Hati Budi
Hati budi pula
bolehlah dikaitkan dengan istilah hati yang baik atau baik hati. Untuk
melahirkan hati yang baik, seseorang itu perlu diasuh sejak kecil kerana
kesucian hati akan menentukan perlakuan yang baik, tingkah laku yang bersopan
dan akan dihindari daripada segala sifat-sifat yang negatif dan buruk.
5. Akal Budi
Pertimbangan akal
sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, melalui
pertimbangan akal budi yang mementingkan kewarasan fikiran ini akan menentukan
sikap seseorang itu sama ada mampu untuk bertanggungjawab dengan setiap perkara
yang dilakukannya ataupun tidak. Kebiasaannya dalam masyarakat dahulu nilai ini
sangat dipentingkan supaya seseorang individu itu mampu untuk mengurus diri,
keluarga dan juga masyarakat.
Falsafah bahasa
Falsafah bahasa
merupakan gabungan dua perkataan, iaitu falsafah dan bahasa. Namun kedua-dua
entiti ini membawa kepada pemaknaan yang berbeza sama sekali. Falsafah merupakan
gabungan dua kata, iaitu istilah Yunani ‘philo’ (cinta) dan ‘sophos’ (hikmat).
Kebenaran dan keutamaan kata yang dibawa oleh Phytogras ini dapat disimpulkan
sebagai pencinta kebijaksanaan. Bagi pendefinisian bahasa pula, merujuk kepada
sistem lambang dan bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam
lingkungan satu kelompok manusia (Kamus Dewan Edisi keempat, 2010: 106).
Bagi Von Humboldt, iaitu seorang sarjana Jerman bahasa didefinisikan sebagai sintesis bunyi (dalam Mohd Rashid Md Idris, 2012: 8). Melalui pentakrifan yang dibuat dapat dinyatakan kesimpulan bahawa bahasa adalah satu medium yang diguna pakai oleh masyarakat untuk menyampaikan konsep atau lebih tepat lagi untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Namun demikian, penggabungan kedua-dua elemen ini dapat membawa kepada sesuatu bentuk pengetahuan yang lebih unggul. Menurut Hashim Hj, Musa (1996), bidang falsafah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu falsafah linguistik dan falsafah bahasa. Pembicaraan tentang falsafah linguistik merangkumi kepada cakupan dasar falsafah dalam konsep dan istilah linguistik. Hal ini merujuk kepada penelitian tentang kaedah dan amalan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka (Mohd Rashid Md Idris, 2012: 9).
Bagi falsafah bahasa
pula, aspek ini meneliti dan memeriksa berasaskan falsafah pengetahuan yang
dipanggil conceptual knowledge atau ilmu dalam bentuk konsepsi, yang
wujud dalam fikiran secara ilmu (knowledge), logik dan sebagainya.
Oleh hal yang demikian, dapat dirumuskan bahawa falsafah bahasa merupakan
bidang yang menelusuri tentang sesuatu aspek bahasa dengan menggunakan konsep
pengetahuan dan penggunaan dasar yang lebih mendalam bagi mencari kebenaran
dalam setiap aspek yang ingin dikaji.
Rujukan:
2. Buku: Dr. Seri
Lanang Jaya bin Hj Rohani et al (2013). Modul KRB3063:
Penghayatan Karya Agung Melayu. Tanjong Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
3. http://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/falsafah-idealisme-dan-pengenalan
3. http://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/falsafah-idealisme-dan-pengenalan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan