Estetik atau keindahan
adalah suatu sifat dan ciri sastera yang terpenting. Malah, perkataan sastera
itu sendiri yang berasal daripada perkataan Sanskrit, merujuk kepada karya yang
indah. Manusia suka kepada sastera kerana sifatnya yang indah, estetik dan artistik
itu. Setiap seni mempunyai sifat keindahannya yang tersendiri.
Dalam seni sastera,
keindahan berkait rapat dengan struktur karya, olahan yang memberi kesan kepada
pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi dan wawasan. Estetik juga merujuk
kepada aspek kekuatan karya. Dapatlah dinyatakan bahawa estetik ialah rasa
keindahan, keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan
bermanfaat serta penikmatan yang mempersonakan atau penglihatan yang memukau,
yang cepat menawan perasaan dan terpahat dalam pemikiran. Keindahan ialah daya
tarikan dan kepuasan dalam penikmatan karya sastera terhadap aspek susunan
unsur struktur yang harmonis yang memiliki perasaan, pemikiran dan sebagainya.
Setiap komposisi karya memiliki keindahannya tersendiri. Dan khalayak akan
membina pula sikap estetiknya bagi menerima teks-teks tersebut. Keindahan yang
lebih agung lagi ialah yang membawa manusia mencapai kebaikan, mengagung Allah
Azza Wajalla.
Keindahan pengalaman
bergantung kepada keunikan pengalaman; pengalaman itu luar biasa, belum pernah
dialaminya, menarik, dan memberinya kepuasan. Membaca adalah proses penambahan
pengalaman. Pengalaman keindahan ialah apabila kita merasa kesan yang menarik,
mengagumkan, menyedihkan atau yang memeranjatkan. Seandainya pengalaman yang
diberikan pengarang itu istimewa, maka pembaca akan merasai kenikmatan dan
keseronokannya. Sebuah karya yang baik ialah elok ciptaannya, tinggi seninya
dan halus adunannya. Apabila kita membaca, perasaan kita akan turut
digoncangnya.
Hasil daripada
pembacaan itu, kita mendapat pemikiran yang tinggi atau ada falsafah tentang
hidup. Kita dipintarkan olehnya, bukan digurui atau dimarahinya. Sebuah karya
sastera yang berestetika juga mengajar kita menyelesaikan masalah yang kita
hadapi. Rasa keindahan juga berkait rapat dengan kemampuan sesebuah teks itu
bagi menimbulkan perasaan kita, seperti perasaan gembira, simpati, marah,
terharu dan sebagainya. Dan karya itu pula dapat menimbulkan rasa geram,
dengki, cemburu dan sebagainya. Pengarangnya dengan bijaksananya berketrampilan
dan mempermainkan imaginasinya bagi menghidupkan dunia realiti, fantasi,
utopia, magis dan seumpamanya.
Seni pengolahan atau
pembinaan karya, bagaimana karya itu distrukturkan. Aspek pembinaannya
merangkumi tema, plot, watak, gaya bahasa, sudut pandangan dan latar. Kekuatan
olahan bererti kekuatan teknik dan pencernaan pelbagai aspek dan komponen yang
membina sesebuah karya. Begitu juga hubungan antara aspek yang membina itu
harus sesuai, serasi dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tegasnya,
antara tema, watak, plot, gaya bahasa, sudut pandangan dan latar itu mempunyai
hubungan, jalinan, kesatuan dan kekuatannya.
Daripada pengolahan
itulah terbinanya sifat kepengarangan dan keunggulan pengarang. Teks-teks yang
unggul dapat menunjukkan kekuatan dan keindahannya. Teks-teks yang unggul dapat
menonjolkan bagaimana cara pengarang memilih dan mengangkat aspek tema dan
persoalannya, kemudian menghadirkannya dengan teknik yang menawan. Teks yang
dihasilkan itu tidak sama dengan apa yang pernah dihasilkan. Pengarangnya
berusaha untuk mencipta teks yang mempunyai pembaharuan atau melanggar apa yang
telah sedia ada. Kemudian, pengarang itu akan beristiqamah denga penciptaannya,
sehinggalahd ia memiliki kepengarangannya sendiri. Dengan cara demikian,
sesungguhnya dia dapat mencipta karya yang bermutu dan berestetika (Mana
Sikana, 2004).
Menurut Prof. Dr. Vladimir I.BrasinkyProf. Dr. Vladimir I. Braginsky dari Pusat Bahasa dan Budaya Asia Tenggara, Universiti London (Artikel Penuh : Dalam Utusan Malaysia, Oktober 2000) menyatakan bahawa asas keislaman yang terdapat dalam karya-karya agung membuatkan karya tersebut mempunyai nilai-nilai estetik. Pendapat beliau disokong oleh pensyarah Institut Pujangga UUM, Dr. Syed Othman Syed Omar bahawa keindahan alam semesta, kejadian manusia dan lain-lain adalah sumber kepada pertumbuhan pelbagai ilmu pengetahuan dalam diri manusia. Dan sumber inilah yang menjadi bahan penulisan para intelektual dan sasterawan
Menurut Prof. Dr. Vladimir I.BrasinkyProf. Dr. Vladimir I. Braginsky dari Pusat Bahasa dan Budaya Asia Tenggara, Universiti London (Artikel Penuh : Dalam Utusan Malaysia, Oktober 2000) menyatakan bahawa asas keislaman yang terdapat dalam karya-karya agung membuatkan karya tersebut mempunyai nilai-nilai estetik. Pendapat beliau disokong oleh pensyarah Institut Pujangga UUM, Dr. Syed Othman Syed Omar bahawa keindahan alam semesta, kejadian manusia dan lain-lain adalah sumber kepada pertumbuhan pelbagai ilmu pengetahuan dalam diri manusia. Dan sumber inilah yang menjadi bahan penulisan para intelektual dan sasterawan
Antara ciri yang lazimnya dapat
dilihat dalam karya agung ialah penggunaan perbendaharaan kata yang
sangat menarik. hal ini dapat dilihat apabila penulis atau penghasil
karya zaman dahulu amat kaya dengan perbendaharaan kata yang hebat dan tinggi
maksudnya. Walaupun sesebuah karya tersebut telah diubah atau versi
barunya telah ditulis oleh orang lain, namun penulis masih mengekalkan
perbendaharaan kata yang terkandung dalam teks terawal. Sebagai
contohdalam karya agung Sulaltus Salatin, perkataan Melayu asli kuno masih
dapat dilihat berdasarkan perkataan nyiah, lasa, semakuk, bubung dan
sebagainya. Bukan itu sahaja,, karya Sulalatus Salatin juga ditulis
dengan memasukkan beberapa perkataan bahasa Arab yang tidak melibatkan sebarang
proses asimilasi. Antara perkataan bahasa Arab yang terdapat dalam
Sulalatus Salatin ialah kadhi, fikir dan khoja.
Selain itu, sesebuah karya agung lazimnya mengandungi cerita yang sarat
dengan unsur agama, moral dan pedagogi. Seperti yang kita sedia maklum,
masyarakat zaman dahulu menyampaikan nasihat dan pengajaran kepada orang lain
melalui pelbagai medium seperti nyanyian, syair, pantun serta secara bertulis
melalui karya agung. Melalui karya Sulalatus Salatin juga penulis dapat
menyampaikan banyak pengajaran dan nasihat kepada masyarakat terutamanya kepada
anak muda masa ini. Antara kisah yang terkandung dalam karya Sulalatus
Salatin ialah kisah kezaliman raja serta cara hidup masyarakat Melayu
terdahulu. Pengajaran yang dapat disampaikan melalui kisah ini ialah
seseorang yang ingin menjadi pemimpin hendaklah adil dan tidak menganiaya
golongan bawahan. Selain itu, rakyat atau golongan bawahan juga hendaklah
akur dengan perintah raja. Hal ini demikian kerana sekiranya rakyat taat
kepada pemerintah iaitu raja, negara kediaman mereka berada dalam keadaan aman
damai.
Rujukan :
1. Dr. Seri Lanang Jaya bin Hj Rohani et al (2013). Modul KRB3063: Penghayatan Karya Agung Melayu. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
ArtikelPenuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2000&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm#ixzz2z743UnWN © Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan